Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Buku IBLIS Antara Janji & Sumpah

'Manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh
IBLIS hingga terkeluar dari SYURGA.'

IBLIS adalah musuh yang nyata bagi manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. hinggalalh umat akhir zaman nanti. IBLIS tidak pernah tidur. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita ditipu dan dihasutnya. Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh IBLIS hingga terkeluar dari SYURGA?

Senjata, anak panah, tipu daya, bala tentera, janji dan sumpah IBLIS telah bertapak di dunia dan di dalam diri kita sendiri. Ia tumbuh di dasar nafsu kita dan bergerak kreatif mengarahkan kita selaras dengan azamnya untuk menggiring manusia ke lembah neraka.

Maka, bagi mengatasi tipu daya, janji dan sumpah IBLIS berserta bala tenteranya, kita dibekalkan oleh Allah S.W.T pelbagai perkakas keimanan agar kita dapat mematahkan janji-janji IBLIS dan menutup terus pintu-pintu yang membolehkan IBLIS bertapak di dalam hati dan fikiran kita.

Dalam buku ini dihuraikan tentang tipu daya, janji dan sumpah IBLIS untuk membuat perangkap yang membinasakan. Selain itu, juga dikemukakan langkah-langkah atau pun TIPS untuk membendung kemaraan IBLIS dalam diri kita.

Antara kandungan utama dalam buku ini ialah:

  • Janji & Sumpah IBLIS hingga Hari Kiamat
  • Janji & Sumpah IBLIS terhadap Wanita
  • Perasaan Marah & Mengubati Penyakit Marah
  • Rawatan Penyakit Cinta Dunia
  • Penyakit Bodoh & Bagaimana Mengatasinya
  • Panjang Angan-angan & Cara Mengatasinya
  • Menguasai Diri agar Tidak Rakus
  • Bakhil Memudaratkan Ummah
  • Menghilangkan Penyakit Suka Pujian
  • Riya' Syirik Terkecil
  • Ujub & Cara Mengatasinya
  • Buruk Sangka & Cara Mengatasinya
  • Putus Asa dengan Rahmat Allah
  • Kaya Harta, Miskin Ilmu, Kufur Ni'mat
  • Gemar Buat Maksiat
  • Suka Mengumpat
  • Terlalu Mewah & Suka Membazir



Anda boleh dapatkan buku terbitan Synergymate Sdn Bhd di atas dengan harga RM20.00 (252 Muka Surat) daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web www.synergymate.com.my