Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Buku Solat Hajat: Antara Ikhtiar Dan Do'a


Setiap orang pasti mempunyai impian, harapan dan cita-cita yang kadangkala terlalu sukar untuk dicapai. Tidak ramai yang berjaya, tidak kurang juga ramai yang menemui jalan buntu dan akhirnya gagal. Sebagai hamba Allah S.W.T, jangan sesekali mudah berputus asa, sebaliknya terus berikhtiar sehingga berjaya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Adil Lagi Saksama, Dia tidak pernah menganiaya dan menzalimi hamba-hamba-Nya. Melalui utusan-Nya, Rasulullah s.a.w. Baginda mengajar kita agar memohon sesuatu hajat kepada Allah S.W.T melalui solat hajat. Bukankah Allah S.W.T berfirman:


Berdo'alah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu
(Maksud Surah al-Mu'min 40:60)


Solat hajat merupakan satu-satunya kaedah khusus bagi umat Islam mengemukakan sesuatu permohonan kepada Allah S.W.T melalui solat selain do'a-do'a di dalam solat yang difardhukan. Dalam sebuah Hadith, Baginda s.a.w bersabda:


Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau seorang manusia, hendaklah dia mengambil wudhu', mengelokkan wudhu'nya, kemudian solatlah dua rakaat, kemudia memuji Allah dan mengucapkan solawat ke atas Nabi s.a.w dan berdo'a.
(Maksud al-Hadith)


Begitulah kaedah yang digariskan oleh Islam bagi umatnya dalam menyelesaikan sesuatu kesulitan, menghadapi dugaan atau masalah, atau memerlukan sesuatu hajat agar kita kembali kepada Allah S.W.T.

Isi kandungan buku ini ialah:

Bab 1 Rahsia Solat Hajat

Bab 2 Konsep Do'a

Bab 3 Perkara-perkara Penting bagi Solat Hajat

Bab 4 Panduan Solat Hajat

Bab 5 Do'a Solat Hajat


Mudah-mudahan buku ini dapat membantu para pembaca dalam melaksanakan solat hajat dengan khusyu' dan tawadhu' agar segala perkara yang dihajati dimakbulkan Allah S.W.T.



Anda boleh dapatkan buku terbitan Awan Metro (M) Sdn Bhd di atas dengan harga RM3.50 sahaja daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web http://www.synergymate.com.my/