Sebenarnya, walau dimana pun kita berada, kita terpaksa mengakui kebodohan kita apabila memikirkan hikmah dan kehendak Allah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Darjat sesuatu ilmu itu adalah menurut isinya.
Jika ilmu agama dipandang mulia disebabkan isinya itu hukum-hukum Allah, maka ilmu tauhid adalah lebih mulia. Bahkan tidak ada bandingannya kerana isinya adalah tentang sifat-sifat Allah yang mengirim agama itu. Jika tauhid itu satu kewajipan yang paling utama atas seseorang, maka sudah tentu ilmunya menjadi ilmu yang paling utama diketahui olehnya. Oleh sebab betapa pentingnya ia, maka ramai yang menyusun dan mengarang ilmu ini dalam pelbagai bahasa. Setiap seorang dari mereka mengatur dan menyusun menurut cara yang ia rasa baik.
Begitu juga dengan cara yang saya persembahkan dalam buku ini, ia ringkas dan mudah dibaca. Buku ini disampaikan isinya secara dialog atau soal jawab supaya para pembaca tidak jemu walaupun berulang kali membaca.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Selamat membaca, wassalam.
-A. Hassan
ROSSEM atau nama sebenarnya Rosidi bin Semail telah dilahirkan pada 3 Ogos 1948 di Kg. Peringat, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Beliau mula melukis pada sekitar tahun 1970. Karya-karyanya tersiar di pelbagai akhbar dan majalah seperti Mastika, Gila-Gila, Utusan Malaysia, Berita Harian, Nanyang Siang Pau dan The Sun. Antara watak popular lakaran beliau ialah Konstable Jabit, Pak Din Pencen, Si Akob, Man Burger, Sarjen Subuh, Sin, Aladin Malaysia dan bermacam lagi.
Sehingga kini Rossem telah menghasilkan berbelas-belas buah buku, antaranya Koperal Mat Loyer, Pak Adil, Gapal dan Gopal, Pendekar Kerak Nasi, Konstabel Jabit, Panduan Melukis Kartun, Jenaka Sufi, Ketawa Cara Malaysia, Diari Seorang Konstabel dan Mencari Kebenaran.
Karya-karya beliau banyak menyentuh tema keagamaan dan da'wah, isu-isu semasa, politik dan kritikan sosial seperti komik Menuju Jalan Allah. Komik Anakku...Kenalilah Allah ini adalah hasil terbaru beliau yang diadaptasi daripada kitab al-Tauhid yang dikarang oleh A. Hassan, terbitan Diponegoro. Ia amat wajar dimiliki serta dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Anda boleh dapatkan buku terbitan Awan Metro (M) Sdn Bhd di atas dengan harga RM9.00 sahaja daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web http://www.synergymate.com.my