Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Buku Bekalan Haji (Zadul-Hajj)


Bekalan Haji merupakan adaptasi daripada kitab Zadul-Hajj karangan Hasan bin Muhammad Nur Fatani dan Adam bin Abdullah Kelantan yang bermastautin lama di Makkah dan guru sekolah Darul-`Ulum. Nama buku ini diambil sempena ayat al-Qur'an yang bermaksud:


Sediakanlah bekalan kamu. Sebaik-baikbekalan ialah taqwa.


Kitab ini dinamakan Zadul-Hajj iaitu bekalan bagi orang yang akan mengerjakan ibadah haji mengandungi segala keterangan:



  • Ibadah Haji dan `Umrah

  • Adab-adab Musafir

  • Solat Qasar

  • Ziarah Masjid Nabawi

  • Hikmah Haji

  • Pengenalan Makkah dan Madinah, Jeddah dan Taif

  • Nasihat-nasihat berguna untuk jama`ah haji

Terdapat banyak buku panduan haji yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak untuk membimbing jama`ah haji dan `umrah mengikut cara dan kefahaman para pembimbing

Buku ini lain daripada yang pernah ditemui kerana pengarang asalnya ialah dua `ulama' terkenal yang mengajar di Madrasah Darul `Ulum, Makkah.

Buku ini diadaptasi dalam bahasa yang mudah mengikut pengalaman orang yang sangat biasa berpuluh-puluh tahun di Makkah.

Semoga Allah mempermudahkan kefahaman jama`ah haji mengenai ibadah haji dan didoakan semoga mereka memperolehi haji mabrur. Insya Allah...


Anda boleh dapatkan buku terbitan Synergymate Sdn Bhd di atas dengan harga RM sahaja daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web http://www.synergymate.com.my