Menyedari hakikat ini, penulis menyusun buku yang sederhana ini yang memaparkan asas akhlak mulia (mahmudah) serta contoh teladan manusia unggul yang mempunyai jati diri unggul yang tidak diragui kebenaran dan disangsikan kualitinya sebagai panduan kepada generasi muslim pada masa kini yang mahu menanjakkan diri ke takhta jati diri yang unggul dan cemerlang, yang berkualiti dan produktif, yang bermanfaat untuk dirinya dan masyarakat.
Buku ini dapat dimanfaatkan oleh setiap individu remaja, belia dan dewasa yang mempunyai kesedaran dan keinginan meningkatkan kualiti diri ke tahap jati diri hakiki menurut perspektif akhlak Islamiah. Teladani jati diri generasi Rabbani.
Berbagai-bagai gejala sosial yang terus melanda umat manusia pada masa kini bukanlah sekadar manifestasi perubahan nilai hidup yang dipengaruhi oleh perubahan budaya hidup manusia yang berlandaskan liberalisme-humanisme-sekularisme-hedonisme, akan tetapi lebih parah daripada itu lagi iaitu terputus hubungan manusia dengan induknya, manusia hamba (makhluk) dan Allah S.W.T Tuan hamba (Khaliq). Allah S.W.T yang membentuk manusia, melentur dan mencorakkan akhlak dengan acuan Rabbani menjadi makhluk beradab dan bertamadun.
Acuan Rabbani ditinggalkan dan bertukar ke acuan liberalisme-humanisme-sekularisme-hedonisme. Maka, terjebaklah manusia dalam perangkap nafsu syaitan yang mewarnai kehidupan dengan kemungkaran dan maksiat, kezaliman dan kekejaman. Akibatnya, jatuhlah martabat manusia ke martabat yang lebih dahsyat daripada haiwan. Firman Allah S.W.T yang bererti:
Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan pada mereka ada mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mereka ada telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka seperti binatang ternakan, malahan mereka lebih sesat. Mereka itu adalah orang yang leka.
Surah al-A`raf 7 : 179
Keruntuhan akhlak yang sedemikian sedang melanda umat Islam dan sedang meruntuhkan asas-asas keunggulan Islam dan umat Islam. Mereka kehilangan jati diri sebagai muslimin-mu'minin-muttaqin. Dalam kegawatan yang parahada yang cuba mencari-cari hakikat jati diri dan kaedah mengembalikan jati diri. Maka terpanggillah penulis untuk menawarkan sedikit sumbangan dengan menyusun buku yang sederhana ini, dengan harapan semoga kandungannya dapat dimanfaatkan ke arah melahirkan generasi muslimin yang mempunyai jati diri daripada perspektif akhlak Islamiyah.
Kandungan buku ini tidaklah mencakupi semua aspek akhlak, namun penulis cuba menulis tema-tema yang sesuai dan relevan dengan mengambil kirabentuk hubungan yang menjadi asas pembentuk akhlak iaitu hubungan dengan Allah S.W.T (vertikal) dan hubungan dengan manusia (horizantol) serta melihat akhlak secara dalaman (intrinsik) dan luaran (ekstrinsik) iaitu asas pembentukan diri (sahsiah) dan pemanfaatan diri dalam melaksanakan tanggungjawab khalifah di bumi Allah `Azza wa Jalla.
Di dalam buku ini dipaparkan prinsip, panduan dan motivasi untuk membentuk akhlak terpuji, serta diketengahkan idola yang tidak disangsikan keluhuran dan keunggulan sahsiahnya untuk dijadikan teladan. Jati diri hanya ada pada mereka yang mengenali dirinya dan mengenali Allah S.W.T yang menjadikannya. Jati diri sejati terbentuk di dalam acuan Rabbani!!!

"Allahumma hassin khuluqi kama hassanta khalqi."
Maksudnya: Ya Allah! Perindahkanlah akhlakku seperti engkau perindahkan kejadianku.