Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Undang-undang Keluarga Islam dalam 4 Mazhab : PEMBENTUKAN KELUARGA


Pembentukan Keluarga: teras utama untuk kejayaan dan kebahagiaan individu di dunia dan akhirat. Kecenderungan berkeluarga merupakan sunnah hidup manusia sehingga setiap orang akan terdorong untuk membina hidup berkeluarga.

Justeru hidup berkeluarga sudah menjadi lumrah sehingga segala yang berlaku di dalamnya sudah dianggap sebagai satu warisan, maka ramai pula orang yang meremehkan keluarga dengan anggapan bahawa hidup berkeluarga merupakan sesuatu yang mudah, malahan ada yang mengganggapnya sebagai seni yang individualistik.

Penulis buku ini melihat pembentukan keluarga bukan sekadar naluri, seni atau warisan sahaja, tetapi jauh lebih daripada itu iaitu sebagai satu institusi yang kompleks yang mempunyai prinsip, hukum, sistem, kaedah, etika dan estetika yang memastikan kewujudannya sah, mantap, berwibawa, maju, bererti dan menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sikap penulis ini tersirat dalam usahanya mengumpulkan dan merakamkan semula prinsip-prinsip utama yang berkaitan dengan Pembentukan Keluarga.

Buku ini agak berbeza daripada buku lain kerana melibatkan pandangan `ulama' dalam keempat-empat mazhab yang mu`tabarah; mazhab Maliki, mazhab Syafi`i, mazhab Hanafi dan mazhab Hanbali.

Penulis hanya memaparkan pandangan-pandangan `ulama'-`ulama' keempat-empat mazhab dalam masalah-masalah berkaitan dengan keluarga yang diambil daripada kitab-kitab yang ditulis oleh para `ulama' tersebut di zaman silam, tanpa memberi sebarang ulasan sendiri atau menyokong mana-mana pandangan, bahkan semata-mata menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya ilmu-ilmu tersebut tidak hanya tersemadi dalam kitab0kitab sahaja.

Buku ini mengandungi peraturan-peraturan yang boleh membentuk keluarga bahagia sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T, antaranya ialah pemilihan jodoh, pertunangan, `aqad perkahwinan, kuasa wali dan tanggungjawab suami isteri.

Insya Allah...anda tidak kecewa memiliki dan membaca buku ini!


Anda boleh dapatkan buku terbitan Synergymate Sdn Bhd di atas dengan harga RM sahaja daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web http://www.synergymate.com.my