PEMBUBARAN Keluarga: Keluarga teras utama untuk kejayaan dan kebahagiaan individu di dunia dan akhirat. Kecenderungan berkeluarga merupakan sunnah hidup manusia sehingga setiap orang akan terdorong untuk membina hidup berkeluarga.
Namun begitu, dalam melalui liku-liku hidup berkeluarga, manusia sering menghadapi ujian yang kadangkala tidak dapat diatasi, sehingga memaksa mereka bertindak mengikut kemahuan dan tuntutan naluri sendiri, dan mereka menerima padah daripada tindakan mereka; bersama tidak bahagia dan berpisah tambah sengsara.
Penulis buku ini melihat pembubaran keluarga bukanlah sebagai sesuatu yang tidak normal, tetapi pembubaran itu suatu keharusan yang perlu dilakukan mengikut prinsip, hukum, sistem, kaedah dan etika yang berteraskan perundangan Islam agar pembubaran keluarga menjadi titik permulaan ke arah hidup baru yang dapat menjamin kejayaan dan kebahagiaan hakiki serta tidak memberi kesan negatif kepada mana-mana pihak.
Buku ini agak berbeza daripada buku lain kerana melibatkan pandangan `ulama' dalam keempat-empat mazhab yang mu`tabarah; mazhab Maliki, mazhab Syafi`i, mazhab Hanafi dan mazhab Hanbali. Penulis hanya memaparkan pandangan-pandangan `ulama'-`ulama' keempat-empat mazhab dalam masalah-masalah berkaitan dengan keluarga yang diambil daripada kitab-kitab yang ditulis oleh para `ulama' tersebut di zaman silam, tanpa memberi sebarang ulasan sendiri atau menyokong mana-mana pandangan, bahkan semata-mata menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya ilmu-ilmu tersebut tidak hanya tersemadi dalam kitab-kitab sahaja.
Buku ini mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dijadikan panduan sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T, antaranya ialah perceraian talaq, perceraian khal`, dzihar, `iddah, ruju` dan hak-hak anak.
Insya Allah... anda tidak akan kecewa memiliki dan membaca buku ini!!!