Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Buku Do'a Angin Ahmar - Antara Ikhtiar & Tawakkal


Angin ahmar atau lebih dikenali sebagai strok merupakan penyakit pembunuh nombor 3 di dunia selepas kanser dan sakit jantung. Setiap orang sama ada yang sudah berumur atau yang masih muda berisiko mendapat penyakit ini terutama bagi mereka yang gemar mengambil makanan berlemak dan narkotik.

Dalam ilmu perubatan moden, angin ahmar dikatakan terjadi apabila pembuluh darah di dalam otak dihalang atau disumbat sama ada separuh atau sepenuhnya oleh darah beku yang terbentuk pada mendapan lemak di dalam dinding pembuluh darah yang mengehadkan dan seterusnya memutuskan peredaran darah ke bahagian otak. Terputusnya pengaliran darah ke bahagian otak mengakibatkan kehilangan fungsi bahagian tubuh yang diatur oleh bahagian otak yang terkena angin ahmar. Biasanya pesakit angin ahmar sukar dipulihkan. Sekalipun terdapat rawatan sokongan dan ubat tertentu, namun ia hanyalah untuk mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas dan teruk.

DO'A ANGIN AHMAR - Antara Ikhtiar & Tawakkal menjelaskan asal kewujudan angin ahmar sebagai makhluk Allah S.W.T yang dijelmakan sebagai satu lemabaga besar berapi dan merah (ahmar) menyala. Rupanya sangat dahsyat dan menakutkan. Pergerakannya pantas bagai angin. Ia akan memasuki tubuh manusia, meresap ke seluruh sendi dan urut saraf lalu membinasakan anggota badannya mengikut kehendak Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T yang menciptakan suatu penyakit dan Dia jugalah yang berkuasa menyembuhkannya. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Nasa'i dan al-Hakim yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali Dia telah menurunkan ubatnya juga, maka berubatlah kamu.


Antara kandungan buku ini ialah:

Bab 1 : SEJARAH ANGIN AHMAR

Bab 2 : CARA BERUBAT DENGAN DO'A ANGIN AHMAR

Bab3 : DO'A ANGIN AHMAR


Oleh yang demikian, milikilah segera buku ini sebagai rujukan dan panduan dalam usaha mencegah dan merawat angin ahmar. Mudah-mudahan ia dimanfaatkan sebaiknya. Amin Ya Rabb al-'Alamin.....

Anda boleh dapatkan buku terbitan Awan Metro (M) Sdn Bhd di atas dengan harga RM3.00 sahaja daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web www.synergymate.com.my