Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Keajaiban Al-Qur'an - Ilmu Hisab dan Statistik

Seorang cendekiawan Islam iaitu Dr Tariq Al-Suwaidan telah menjalankan kajian terhadap al-Qur'an. Hasilnya, beliau dapati beberapa "Keajaiban" statistik yang terdapat di dalam Al-Quran.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa:

Perkataan atau maksud bilangan yang disebut di dalam Al-Quran menunjukkan satu persamaan di antara dua perkara yang berlawanan.

 
(1) al-Dunya (dunia) 115 <> al-Akhirah (akhirat) 115.

(2) al-Malaikat (malaikat) 88 <> al-Syayateen (syaitan) 88.

(3) al-Hayat (kehidupan) 145 <> al-Maut (kematian) 145.

(4) al-Rajul (lelaki) 24 <> al-Mar'ah (perempuan) 24.

(5) al-Shahru (bulan) 12.

(6) al-Yauum (hari) 365.

(7) al-Bahar (lautan) 32 <> al-Barr (daratan) 13.

Jika kita campurkan jumlah perkataan yang membawa maksud "lautan" dan "daratan", jumlahnya adalah 45 (32 +13).
Dan jika dibuat kira-kira peratus:
i) Lautan : 32 / 45 X 100% = 71.11111111%.
ii) Daratan : 13 / 45 X100% = 28.88888888%.

Jawapan yang dikemukan di dalam peratusan tersebut adalah bersamaan dengan jumlah atau peratusan lautan dan daratan pada hari ini yang telah dikeluarkan oleh saintis-saintis barat. Ini memberi gambaran bahawa apa yang diungkapkan dalam al-Qur’an semuanya benar, dan bukan rekaan atau tekaan semata-mata.