DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Solawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda, para anbia', aulia', syuhada' serta sekalian Mu'min.
SEWAKTU saya mengunjungi seorang `ulama' terkenal dan memperkenalkan diri sebagai seorang kartunis, reaksi pertama yang keluar dari mulutnya ialah, "Jadilah kartunis Islam!!"
Menerusi 3 patah perkataan yang dilontarkan berkali-kali, dapatlah saya fahami bahawa setiap kartunis Muslim seharusnya menghasilkan karya-karya yang menjurus ke arah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Karya-karya mereka mestilah digarap dengan niat untuk mengajak manusia mentaati Allah, melakukan amal kebajikan serta mencegah manusia dari berbuat kemungkaran. 2 aspek penting ini perlu ditekankan dalam karya, selain humor yang mencuit hati.
Kartunis melalui karya-karyanya mempunyai peranan tersendiri bagi menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Memandangkan sebahagian besar peminat seni kartun adalah remaja, maka kesempatan ini sewajarnya direbut dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para kartunis.
Di negara kita, pelbagai jenis majalah kartun yang diimport dari luar negara seperti Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Amerika, begitu hebat membanjiri pasaran. Sudah tentulah pula isi kandungan majalah-majalah ini amat bertentangan dengan budaya masyarakat kita. Lebih dahsyat lagi, terdapat pula unsur-unsur yang boleh meracuni pemikiran malah menjejaskan aqidah umat Islam.
Usaha-usaha untuk mempertingkatkan mutu karya serta pasaran majalah kartun dan komik tempatan memang telah lama digerakkan, tetapi masih belum mampu menandingi kehebatan atau pengaruh komik asing. Bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang boleh melemahkan semangat para kartunis serta penerbit tempatan.
Kita sebenarnya mampu mencapai tahap kecemerlangan dengan usaha gigih dan kerjasama erat dari semua pihak yang terlibat. Ia seharusnya merangsang usaha mempertingkatkan daya kreativiti para kartunis dan daya saing penerbit agar menghasilkan karya yang bermanfaat bagi mengimbangi pengaruh negatif komik asing. Lantaran itu, usaha-usaha untuk memperbanyakkan penerbitan komik tempatan yang mempunyai nilai murni perlu ditekuni.
Majalah kartun serta komik yang berunsur dakwah dan pendidikan amat jarang sekali kita temui, sedangkan bilangan peminat atau pembacanyacukup tinggi. Menyedari hakikat ini, saya dengan rendah hati cuba menampilkan komik Menuju Jalan Allah, dengan harapan untuk menyumbang secebis pedoman buat renungan kita bersama.
Komik Menuju Jalan Allah membicarakan persoalan rukun iman, iaitu tentang Allah Yang Maha Esa, para Rasul, malaikat, kitab suci, hari akhirat serta qadha' dan qadar Allah. Aspek paling penting dalam aqidah Islam, diolah semula dalam bentuk perbualan di antara seorang ayah dengan anaknya.
Sebenarnya, komik Menuju Jalan Allah ini adalah adaptasi dari buku Menudju Djalan Ilahi karya Drs. H. Gazali Dunia, seorang tokoh Islam yang terkenal di Indonesia. Buku ini telah diterbitkan oleh Penerbit Bulan Bintang, Jakarta pada tahun 1971.
Saya telah menyunting dan mengolah semula dialog asal yang ditulis oleh Drs. H. Gazali Dunia, untuk disesuaikan dengan komik karya saya ini. Tujuannya adalah supaya memudahkan para pembaca memahaminya, dan seterusnya diharapkan agar dapat menarik minat pembaca untuk sama-sama menghayatinya.
Segala yang baik datangnya daripada Allah Ta'ala dan setiap kekurangan adalah di atas kelemahan saya sendiri. Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan semoga usaha kecil ini dikira sebagai amalan baik di sisi Allah S.W.T.
Selamat membaca...!!!
ROSSEM
Kuala Lumpur