Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Siri Al-Qardhawi Membela Islam : Antara Pengganas & Mujahidin Tulen

Islam terus dizalimi. Umat Islam berdiam diri,
bagaikan mayat di dalam kubur!!!
-Dr. Yusuf al-Qardhawi


Salah Satu Mukjizat al-Qur'an

Bangunan World Trade Center (WTC) yang terletak di Jalan Jerf Har, New York Amerika Syarikat telah runtuh pada 11 September 2001 (11-9-2001). Peristiwa ngeri itu telah mengorbankan ribuan nyawa. Beribu-ribu lagi mengalami kecederaan. Kerugian dianggarkan berbilion-bilion dollar. Seluruh dunia menjadi gempar sehingga memaksa puak-puak kuffar melancarkan perang terhadap umat Islam.

Kini, kawasan bangunan WTC telah menjadi padang jarak padang terkukur (ground zero). Keruntuhan menara keagungan Yahudi laknatullah itu bertepatan sekali dengan Firman Allah S.W.T dalam al-Qur'an, yang bermaksud:

Maka apakah orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan-Nya itu lebih baik, ataukah orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali apabila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Taubah: Ayat 109-110)


Sekadar Catatan Buat Renungan


Ayat 109 - 110 Surah al-Taubah menceritakan tentang bangunan yang didirikan oleh orang yang zalim. Bangunan WTC setinggi 109/110 tingkat.

Ayat 109 Surah al-Taubah terdapat perkataan Jurufin Har (jurang yang runtuh). Bangunan WTC terletak di Jalan Jerf Har, New York Amerika Syarikat.

Surah al-Taubah berada dalam Juz ke-11, merupakan surah ke-9 dan mengandungi 2001 kalimat. Bangunan WTC telah ranap pada 11-9-2001.


Subhanallah! Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Agung Lagi Maha Mengetahui. Jelas sekali gambaran yang Allah S.W.T berikan kepada orang yang beriman. Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Qur'an al-Karim kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sesungguhnya al-Qur'an adalah mukjizat yang teragung!!!



Jihad menentang kezaliman, kewajipan setiap Muslim!!!
-Sheikh Mohamed Sayyed al-Tantawi