Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Buku Seni Dalam Islam: Vokal, Muzik & Tari

Hinggakan ada di antara mereka berkata "Tiada hari tanpa menyanyi, menari dan bercanda."



Masyarakat muslimin dewasa ini umumnya menghadapi kesenian sebagai suatu masalah hingga timbul pelbagai pertanyaan, bagaimana hukum tentang bidang yang satu ini? Di samping itu dalam realiti kehidupan sehari-hari, sedar atau tidak, mereka juga telah terlibat dengan masalah seni.Bahkan kini bidang tersebut telah menjadi sebahagian gaya hidup mereka dan bukan hanya bagi yang bermastautin di bandar. Masyarakat desa dan kampung juga telah terpengaruh.

Media elektronik seperti radio, televisyen, video dan sebagainya telah menular ke serata tempat. Media ini telah lama mempengaruhi hidup anak-anak muda. Bahkan kehidupan di kota lebih buruk lagi. Tempat-tempat hiburan (maksiat) seperti kelab malam, wayang dan pentas pertunjukan sangat banyak dan telah mewarnai kehidupan pemuda-pemudi.

Sering kita melihat anak-anak muda berkumpul di rumah teman-teman mereka. Mencari kesenangan dengan bernyanyi, menari bersama tanpa mempedulikan lagi hukum halal haram. Banyak di antara mereka berfikir bahawa hidup itu hanya untuk bersenang lenang, bercintaan, berpasangan dan lain-lain.

Semua fenomena yang dipaparkan di atas adalah realiti yang berlaku dan ia bermula dengan kejatuhan seni budaya dan peradaban Islam. Kita dapat menyaksikan sendiri, seni dan budaya kita telah dipinggirkandan digantikan oleh seni budaya dan peradaban produk Barat yang bermotifkan penekanan hidup bebas tanpa ikatan sebarang pegangan dan agama.

Cabang seni yang ternyata menjadi masalah adalah nyanyian, muzik dan tarian. Ketiga-tiga bidang ini telah menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan moden sekarang ini kerana semua cabang seni dirasakan telah merosakkan akhlak dan nilai-nilai keislaman.

Adanya pengaruh negatif dalam bidang kesenian menyebabkan ramai tertanya-tanya, khusunya di kalangan yang masih memiliki pegangan Islam. Mereka bertanya, apakah pandangan Islam terhadap seni budaya? Bolehkah kita bermain gitar, piano, biola, dram, seruling, bermain muzik blues, klasik, keroncong, muzik pop, muzik rock dan lain-lain? Bagaiman pula dengan lirik lagu bernada asmara, lucah, perjuangan, qasidah, kritik sosial, dan sejenisnya? Bagaimana pula pandangan Islam tentang hukum dalam seni tari? Apakah wanita dibenarkan menari bersama lelaki?

Oleh itu, bagi menjelaskan persoalan-persoalan berkaitan vokal, muzik dan tari di atas, buku ini memaparkan pembahasan semua permasalahan berdasarkan hukum syariat Islam semata-mata dan dari pemahaman para fuqaha', khususnya dari kalangan 4 mazhab.

Harapan penerbit semoga karya ini dapat menutupi kekuranganbuku-buku dan bahan bacaan tentang hukum dalam bidang seni. Kritikan dan saranan daripada semua pihak dialu-alukan demi menyempurnakan risalah ini.

Isi kandungan dalam buku ini ialah:

  1. Pengaruh Politik dan Peradaban terhadap Seni Umat Islam
  2. Seni Suara dan Seni Tari dalam Sejarah Islam
  3. Seni Suara dan Alat Muzik Menurut Pendapat Ulama Islam
  4. Golongan yang Mengharamkan Nyanyian dan Bermain Muzik
  5. Golongan yang Membolehkan Nyanyian dan Bermain Muzik
  6. Sanggahan terhadap Golongan yang Mengharamkan Nyanyian dan Bermain Muzik
  7. Halal atau Haram Nyanyian dan Bermain Alat Muzik
  8. Menentukan Sikap dan Pendirian
  9. Hukum Mendengar dan Menonton Nyanyian Melalui Alat Elektronik
  10. Pandangan Islam terhadap Seni Tari
  11. Seni Muzik, Seni Suara dan Seni Tari Zaman Khulafa' Islam

Anda boleh dapatkan buku terbitan Synergymate Sdn Bhd di atas dengan harga RM (100 Muka Surat) daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web www.synergymate.com.my