Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Buku Siri Al-Qardhawi Membela Islam : Sanggahan Salah Tafsiran Islam

"Kelemahan umat Islam yang ketara kini ialah perilaku umat Islam yang senang
mencincang sesama Islam, bagaikan daging di atas landas...."
-Dr. Yusuf al-Qardhawi-


Buku ini mengupas persoalan mengenai kaedah untuk memahami serta menghayati ajaran Islam yang sebenar, bagi menangkis salah tanggapan terhadap kemuliaan agama Islam. Inilah pembelaan terhadap Islam oleh ulama terkemuka, Dr. Yusuf al-Qardhawi, dengan hujah-hujah serta penjelasan yang berpandukan al-Qur'an dan Hadith Rasulullah s.a.w. Ia juga merupakan sanggahan kepada pelbagai salah tafsiran terhadap Islam, serta sebagai usaha bagi menggerakkan umat Islam untuk mengamalkan kehidupan sebagai mu'min sejati dan berjuang memartabatkan kembali keagungan Islam.

Maka, kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam. Semua kaedah kehidupan di dunia ini, berjalan di atas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, ajaran Islam perlu disebarkan ke tengah masyarakat secara berkesan berserta hujah-hujah yang benar, supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segera berakhir. Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sesebuah bangsa dan negara. Sesebuah negara tidak akan kuat, jika masyarakatnya tidak berakhlak.

Hanya kepada Allah S.W.T kita memohon supaya diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menuturkan kata-kata yang benar, niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang bermanfaat. Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan permintaan hamba-Nya. Amin...!!!!

Hujah-hujah yang diutarakan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi ialah yang berkaitan:

  • Memahami Islam Sejati
  • Empat Aspek Dasar dalam Memahami Islam
  • 20 Kaedah Memahami Islam

Anda boleh dapatkan buku terbitan Synergymate Sdn Bhd di atas dengan harga RM20.00 (120 Muka Surat) daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web www.synergymate.com.my