Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

Buku Membina Jati Diri Dengan Amalan QIAMULLAIL



Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Syaitan akan mengikat rambut ubun-ubun sesiapa sahaja di antara kamu yang sedang tidur dengan tiga ikatan. Apabila dia bangun lalu menyebut asma' Allah, terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhu' terlepaslah ikatan kedua dan apabila dia mengerjakan solat, terlepaslah ikatan yang ketiga. Tetapi jika dia tetap tidur, syaitan akan mengencingi telinganya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

----------------------------------------------------------------------------------


Dari khazanah al-Qur'an dan Hadith, ternyata qiamullail menjadi sunnah Rasulullah s.a.w dan amalan para salaf soleh. Qiamullail merupakan nadi kekuatan muslim dalam membina jati diri dan anugerah kebahagiaan yang besar bagi sesiapa yang mengerjakannya. Buku ini sebagai panduan berguna bagi muslim yang cinta akan ketenangan hakiki dan mendambakan keampunan Tuhannya.

Dimuatkan dalam buku ini RAHSIA & RESIPI qiamullail serta tatacara pelaksanaan solat-solat yang disunatkan pada waktu malam. Buku ini amat sesuai dijadikan panduan untuk program dan tamrin (latihan) qiamullail sama ada secara individu atau berjamaah. Sekaligus memenuhi permintaan masyarakat dengan mengemukakan penjelasan atas segala keraguan dan persoalan tentang solat-solat malam bermula dari galakan Qiamullail, kelebihan dan tata tertibnya seterusnya kaedah-kaedah pelaksanaan solat malam berpandukan al-Qur'an al-Karim, al-Sunnah, amalan para sahabat dan `ulama' mu`tabar yang dipetik daripada kitab-kitab terbilang. Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.

Antara kandungan buku ini ialah:

Pengenalan Qiamullail

  • Solat Malam
  • Fadhilat Qiamullail
  • Tatatertib
  • Waktu
  • Bilangan Raka`at
Jenis-jenis Solat

  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Tahajjud
  • Solat Tasbih
  • Solat Taubat
  • Solat Istikharah
  • Solat Hajat
  • Solat Witir
Aturcara Program Qiamullail




# Sila dapatkan buku / e-book Membina Jatidiri dengan Amalan Qiamullail berhargadengan menghubungi kami melalui emel farhanisz78@gmail.com atau synergymatesb@gmail.com.

# Harga bagi buku RM10 / e-book RM20

# Pembayaran boleh dibuat melalui Bank Maybank atau Bank Islam. (Sila mohon No. Akaun melalui untuk membuat pembayaran).

# Sila emelkan bukti pembayaran setelah pembayaran dibuat. Penghantaran akan dibuat setelah sah penerimaan bayaran.

# Harga buku termasuk penghantaran pos (Semenanjung Malaysia). Penghantaran e-book melalui emel.