Custom Search

MOHON DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN & HAJAT

10 Malam Terakhir Ramadhan: Marilah Kita Berusaha

Kita semua mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar. Namun, tahukah kita bilakah malam tersebut akan tiba? Apakah tanda-tanda malam tersebut tiba? Insya' Allah, mudah-mudahan kita dirahmati Allah untuk mendapat malam yang kelebihannyanya lebih baik daripada 1000 bulan. Masya' Allah...

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas pelbagai nikmat yang Dia berikan. Solawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wa sallam, keatas keluarganya dan para pengikutnya.


Marilah Kita Berusaha di 10 Hari Terakhir Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh menghidupkan 10 hari terakhir Ramadhan dengan berbagai-bagai amalan ibadah melebihi waktu-waktu lainnya. Sebagaimana isteri baginda, ‘Aisyah r.a  berkata:

Ertinya: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.

(Riwayat Muslim)

‘Aisyah r.a juga mengatakan,

Ertinya: Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengetatkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri baginda dari berjima’), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Maka, renungkanlah apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.! Baginda tidak mengisi hari-hari terakir Ramadhan dengan berbelanja di pusat-pusat membeli-belah untuk persiapan Syawal seperti yang kebanyakan masyarakat kita lakukan. Baginda dengan bersungguh-sungguh melakukan ibadah solat, membaca Al Qur’an, zikir, sedekah dan bermacam-macam ibadah lagi. Mengapa kita tidak jadikan amalan Rasulullah itu sebagai ikutan?? Ingatlah... Ramadhan akan datang belum tentu akan dapat kita jengah...!!




Kaedah Menunaikan Solat Hajat

Jika ada suatu hajat atau maksud yang penting bo­lehlah dikerjakan solat Hajat pada waktu lepas te­ngah malam yang sunyi. Solat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada malam atau siang de­ngan pakaian yang bersih, dengan hati yang tenang ser­ta khusyu‘ ke hadrat Allah s.w.t. Terdapat pelbagai kaedah mengerjakan solat Hajat. Antaranya seperti berikut:


1. Lafaz niatnya:

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Hajat dua ra­ka‘at kerana Allah Ta‘ala.



2. Surah yang dibaca:

* Selepas Fatihah pada raka‘at yang per­tama dibaca surah al-Kafirun 10 kali.

* Selepas Fatihah pada raka‘at yang kedua dibaca surah al-Ikhlas 10 kali.

3. Sebelum memberi salam semasa dalam sujud membaca:

* Selawat ke atas Nabi dan keluarganya 10 kali.

* Tasbih 10 kali.


* Membaca ayat di bawah 10 kali.

* Selepas ini terus berniat apa-apa yang dihajatinya setelah selesai barulah bangun daripada sujud lalu membaca tahiyyat akhir dan salam serta baca doa.



4. Satu cara lain yang lebih ringkas iaitu di da­lam sujud akhir sebelum duduk membaca ta­hi­yat akhir dibaca sebanyak empat puluh satu kali tasbih berikut:

Maksudnya: Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Maha Suci Engkau (Ya Allah) sesungguhnya aku adalah daripada orang yang melakukan kezaliman.


*Kemudian selepas selesai membaca tasbih di atas terus memohon sebarang hajat di dalam hati sebelum duduk membaca tahiyyat akhir.




#Info ini dipetik daripada Buku Membina Jatidiri Dengan Amalan Qiamullail terbitan Synergymate Sdn Bhd. Dapatkan DOA selepas Solat Hajat dengan membeli buku atau ebook. Jika berminat, hantarkan email ke farhanisz78@gmail.com atau synergymatesb@gmail.com


#Untuk melihat maklumat buku, sila KLIK http://buku-agama.blogspot.com/2008/09/buku-membina-jati-diri-dengan-amalan.html

Pengertian & Peristiwa dalam Bulan Rabi'ul Awwal

Pengertian

Bulan Rabi'ul Awwal bermaksud bulan bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan  pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam,
Rasulullah s.a.w telah mengekalkan nama Rabi'ul Awwal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabi'ul Awwal ini dan antaranya ialah:

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabi'ul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabi'ul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa Nabi s.a.w lahir pada 9 Rabi'ul Awwal tahun Gajah.

2. Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul

Dalam bulan Rabi'ul Awwal inilah Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi s.a.w berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah Baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Rasulullah s.a.w

Tarikh Hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabi'ul Awwal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabi'ul Awwal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Berlakunya Peperangan

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w di antara tentera Islam dan tentera kuffar. Antara peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi'ul Awwal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w telah wafat pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda s.a.w wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar r.a menjadi Khalifah

Pada hari Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah Saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah s.a.w yang diketuai oleh Saidina Ali r.a.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq pada zaman Saidina Abu Bakar r.a.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583H.

9. Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


Sumber: Al-Azim