ZIKIR BERJAMA'AH, Sunnah atau Bid'ah ini diterbitkan khusus untuk membincangkan tentang Sunnah, Bid'ah, hukum zikir secara berjama'ah dan pelbagai persoalan yang berkait rapat dengannya. Perbincangan tersebut berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan Hadith Rasulullah s.a.w. Terdapat juga fatwa-fatwa daripada ulama, pakar tafsir al-Qur'an dan Hadith.
Semoga persoalan-persoalan di bawah yang semakin ketara pada masa sekarang dapat terjawab dengan jelas setelah membaca buku ini. Insya' Allah.
Semoga persoalan-persoalan di bawah yang semakin ketara pada masa sekarang dapat terjawab dengan jelas setelah membaca buku ini. Insya' Allah.
- Apakah itu Sunnah?
- Apakah itu Bid'ah?
- Apakah hukum zikir secara berjama'ah?
- Apakah hukum berzikir dengan suara nyaring?
- Apakah hukum berzikir sambil menangis?
- Bolehkah menghitung zikir dengan biji tasbih?
- Adakah doa bersama-sama iaitu seorang berdoa dan yang lain mengaminkan dibenarkan dalam Islam?
- Adakah terdapat syariat berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangan?
- Apakah hukum berdoa dengan suara kuat?
- Benarkah mengusap muka selepas berdoa hukumnya sunat?
Anda boleh dapatkan buku terbitan Synergymate Sdn Bhd di atas dengan harga RM14.00 daripada kedai buku berhampiran atau layari laman web www.synergymate.com.my